Saturday 30 August 2014

Kenduri rumah baru

Teks : Nurul Huda bt Mohamad Yusof
Foto : Koleksi peribadi

Syawal sudah berlalu, namun masih ada jemputan makan-makan lagi diterima. Kali ni kita ke Machang, lebih kurang 45minit dari rumah. Jemputan dari Din dan Hasni sempena naik rumah baru. Bukan rumah baru sebenarnya, tapi tambah besarkan rumah..hehe..rezeki. Apapun tahniah dan diucapkan selamat semuanya. Mereka ni member dari zaman bujang lagi masa kat Selangor lagi. Hubungan tetap tak putus sampai berpindah balik kampung. 

Sedap makan gulai kambing tadi, lagipon memang lapar sungguh balik dari KB. Hahaha.. tak sopan sungguh datang bawak perut kosong. Buah tangan bawak jugak yer...jangan tak bawak pulak. Tak manis. Tapi best la, jumpa ramai kawan2 masa kerja di kelantan. Kira cam jejak kasih plak.. Ok lah.. dah lewat sangat ni. nak pergi rumah kedua plak. Layan gambar skit...

Saturday 23 August 2014

Memancing

Teks: Nurul Huda bt Mohamad Yusof
Foto: Koleksi peribadi

Lama dah nak tunaikan hajat anak sulung ni. Lepas dapat batang pancing dari atok, asyik berwirid je ke telinga ayah dia ajak memancing. Kebetulan mood ayah pon ok hari ni, bawak la jugak boboboy gi memancing konon-konon. Nak cari umpan punya lah berpusing 1 Besut. Hari ni orang tak jual sotong gamaknya. Nak guna umpan cacing ke katak ke, si ayah tak sanggup. Heiii...layankan je la...dah puas hati pon..

Sunday 17 August 2014

Open House & Besday Party

Teks: Nurul Huda bt Mohamad Yusof
Foto: Koleksi peribadi

Pada 16 Ogos 2014 baru ni, N buat majlis rumah terbuka. Kecil kecilan je, jemput rakan sekolah N dan rakan ofis abang. Disamping tu buat skali majlis hari jadi untuk abe Harish dan adik Haziq. Kebetulan besday diorang jatuh bulan Ogos. Sekali harung la.

Ni kad jemputan

Ni hiasan untuk party..rumah kecik, gantung belon je


Ni kek beli je kat Jerteh, tak sempat tempah
Member2 abe Harish
Besday Boy: Abe Harish dan Adik Haziq
Takde plak gambar makanan dan gambar tetamu. Sibuk sangat melayan tetamu sampai lupa nak amik gambar. Apa pon alhamdulillah, enjoy!!!