Saturday, 30 August 2014

Kenduri rumah baru

Teks : Nurul Huda bt Mohamad Yusof
Foto : Koleksi peribadi

Syawal sudah berlalu, namun masih ada jemputan makan-makan lagi diterima. Kali ni kita ke Machang, lebih kurang 45minit dari rumah. Jemputan dari Din dan Hasni sempena naik rumah baru. Bukan rumah baru sebenarnya, tapi tambah besarkan rumah..hehe..rezeki. Apapun tahniah dan diucapkan selamat semuanya. Mereka ni member dari zaman bujang lagi masa kat Selangor lagi. Hubungan tetap tak putus sampai berpindah balik kampung. 

Sedap makan gulai kambing tadi, lagipon memang lapar sungguh balik dari KB. Hahaha.. tak sopan sungguh datang bawak perut kosong. Buah tangan bawak jugak yer...jangan tak bawak pulak. Tak manis. Tapi best la, jumpa ramai kawan2 masa kerja di kelantan. Kira cam jejak kasih plak.. Ok lah.. dah lewat sangat ni. nak pergi rumah kedua plak. Layan gambar skit...

No comments: