Friday 26 September 2014

Rahsia Khidmat Pelanggan Usahawan Online

Kuasai Khidmat Pelanggan
Teks: Masayu Ahmad
pn.masayu@gmail.com


Setiap pelanggan mempunyai citarasa, kemahuan yang berbeza. Ada yang mudah diurus, ada juga yang cerewet. Sudah tentu melayan pelanggan yang cerewet memerlukan kemahiran perhubungan awam yang baik. Usahawan tidak perlu beremosi apabila dimarah-marah pelanggan. Sudah tentu ada cara melayan pelanggan yang pelbagai cita rasa dan kerenah.

-Meningkatkan kesetiaan pelanggan
Usahawan harus bijak menjadikan pelanggan terus setia bersama. Bagi mengikat hati pelanggan, sesekali buatlah tawaran potongan harga atau memberi harga istimewa bagi membalas kesetiaan pelanggan. Sentiasalah memberitahu perkembangan terkini syarikat, sama ada tentang produk baru, jualan potongan harga, pertemuaan istimewa bersama pelanggan.

  • Menjaga integriti
Menjaga maruah pelanggan adalah salah satu usaha memberi gambaran imej seorang usahawan yang jujur. Contohnya bagi pengusaha kecantikan yang menawarkan perkhidmatan urut badan. Sudah tentu perlu menutup kelemahan pelanggann dengan tidak bercerita kepada pelanggan yang lain. Ini membuatkan pelanggan selesa dan berulang kali menggunakan perkhidmatan yang sama.

  • Menjaga hubungan dengan pekerja
Walaupun anda hanya menjalankan bisnes dari rumah, pada satu peringkat bisnes akan berkembang dan anda memerlukan pembantu. Anda perlu menjelaskan kepada pembantu semasa dalam proses temuduga awal. Berkongsi maklumat tentang visi dan misi dalam bisnes dengan jelas. Pembantu juga boleh didedahkan dengan persekitaran kerja dan garis panduan bekerja yang anda mahukan.

Hubungan sebagai majikan, anda perlu memberikan skop tugasan yang jelas kepada pekerja. Bayaran yang bakal mereka terima juga perlu diberitahu awal dalam sesi perbincangan persetujuaan kedua belah pihak. Sebaik-baiknya memberikan skop tugasan secara bertulis untuk memudahkan pembantu merujuk jika menghadapi masalah. Walaupun bisnes dari rumah yang dikendalikan adalah skala kecik tetapi menjaga pekerja sama seperti menjaga kesinambungan bisnes agar terus sukses.

  • Memudahkan pelanggan untuk membeli
Berurusan melalui emel dengan pelanggan atas urusan bisnes, maklumat dan perkembangan terkini produk jualan. Anda perlu menyegerakan pesanan dan penghantaran. Dalam kes-kes tertentu usahawan boleh bertanya pelanggan untuk mengetahui status terkini barang sudah sampai dengan selamat atau sebaliknya.

Bagi pelanggan yang baru atau pelanggan setia, anda boleh membuat survey produk apa yang dingini dan pakej bagaimana yang dia suka. Boleh juga memberi kupon harga istimewa atau keratan iklan promosi sepanang tahun dalam bawang yang sudah dipesan untuk pembelian seterusnya.

  • Memberi informasi yang jelas
Salah satu perkara yang tidak boleh diambil mudah ialah memberi penerangan yang jelas tentang produk, terma dan syarat tempahan dan bayaran, status berkaitan barang rosak, tidak boleh dipulangkan selepas pembelian, status barang yang dihantar serta khidmat nasihat susulan selepas menggunakan produk

Miliki Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online

Siri 1 (terbit 25.9.2014)
RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)

Harga selepas ini RM50

https://docs.google.com/forms/d/19mTJH5-PCsTCH9l-iQiWffbOpI7qI4ku2gzDh-dd128/viewform#start=openform


Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online


16 Tips yang perlu diketahui sebelum berhenti kerja

Sumber: http://iniblogberita.blogspot.com/2014/09/16-tips-yang-anda-perlu-tahu-sebelum.html

16 TIPS YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM BERHENTI KERJA

Baca pengalaman Noor Hazwani yang dahulunya seorang jurutera, kini sudah menjadi seorang suri rumahtangga sepenuh masa.
16 tips yang dikongsikan dimana 12 adalah untuk isteri dan 4 lagi adalah untuk si suami. Baca penulisannya di bawah:
Nak share pengalaman sikit macammana boleh berhenti kerja dari jadi engineer ke surirumah.
Langkah-langkah menjadi surirumah sepenuh masa:
1. Bincang dengan suami pasal kewangan keluarga sebab dia y akan tanggung nanti
2. Inform keluarga dan keluarga mertua
3. Setelkan semua hutang kad kredit yang ada
4. Cancel semua kad kredit
5. Mansuhkan semua expenses bulanan yang tak diperlukan
6. Pastikan ada simpanan 2-3 bulan gaji sebagai back up plan kalau nak buat side income
7. Mentality kena kuat especially kalau minat online shopping. No more online shopping beli barang mengarut2 dan tak perlu.
8. Beli buku masakan sebagai panduan nak memasak hari-hari jika tak pandai masak. Takkan surirumah nak tapau lauk dari luar je kan?
9. Bersedia secara fizikal kerana jadi fulltime housewife sesungguhnya lagi memenatkan.
10. Jangan risau jika takut bosan bila di rumah. Percayalah, 24jam akan terisi dengan kerenah anak-anak.
11. Bersedia dengan suara-suara sumbang yang akan asyik dok mengata rugi belajar tinggi, jadi surirumah, tinggalkan kerjaya, gaji tinggi. Bukan diorang yang tanggung pun. Jadi, abaikan.
12. Jangan lupa kawan-kawan. Nanti sunyi pula takde orang nak bercerita hal-hal dewasa. Asyik cerita Boboiboy, Upin Ipin dengan Pororo je. Hehe..
Persediaan bagi suami
1. Suami kena bersedia dari segi kewangan. Tak perlu mewah. Cukup makan, pakai, insurance, tempat tinggal, setel.
2. Suami kena faham rutin seorang surirumah. Sekali sekala bawalah isteri berjalan-jalan sebagai bonus bekerja 24 jam sehari. Takdelah dia rasa terperap dalam rumah je.
3. Percaya dan yakin, rezeki datang dari Allah. Bukan dari manusia.
4. Sentiasa support isteri dan masih menolong buat kerja rumah.
InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Pastikan niat betul.
Saya berhenti kerja dengan niat nak anak makin sihat. Tak lagi sakit. Alhamdullillah sejak berhenti, tak pernah lagi sakit teruk sampai kena admitted hospital. Anak pun makin happy. Kita pun happy dapat tengok anak membesar depan mata. Rezeki, alhamdullillah tak pernah putus lagi. Suami faham, keluarga faham.
Bagi yang masih ragu-ragu, bincang elok-elok, buat solat hajat, solat istikarah, minta panduan.
Kadang-kadang bila buat kira-kira, macam tak cukup je duit. Tapi setiap bulan, cukup je duit. Semua tu rezeki.
Sekian.

Thursday 25 September 2014

Info: demam


Pengenalan
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.5°C, jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam.
Demam juga boleh dimanifestasikan oleh penyakit kronik atau sebarang reaksi immunologi.

Penyebab Demam
#Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit
#Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis)
#Demam malaria/denggi/HIV
#Penyakit sendi
#Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
#Barah/Kanser

Rawatan
Jangkitan ringan selalunya akan lega tanpa rawatan kerana sistem imunisasi berjaya menangani jangkitan.
Perkara yang perlu dilakukan dirumah ketika demam adalah :
#Demam yang ringan <38°C dan tiada komplikasi
#Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
#Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
#Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.
#Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
#Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
#Mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan

Bila Perlu Berjumpa Doktor?
#Jika anda mempunyai gejala yang serius :
#Jika suhu badan melebihi ≥38°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
#Baru pulang dari perjalanan luar negara.
#Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
#Sakit perut, mata atau tulang pipi.
#Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
#Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
#Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
#Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
#Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
#Demam berkaitan dengan kecederaan

Pencegahan
#Elakkan dari mendekati seseorang yang demam berpunca daripada penyakit berjangkit seperti TB
#Mengamalkan kebersihan .
#Menjauhi tempat-tempat yang sesak seperti perhimpunan jalanan dan pusat membeli-belah yang sesak
#Sentiasa aktif dan melakukan senaman secara berkala
#Ambil diet yang seimbang dan sihat.

Gift from US

Teks: Nurul Huda bt Mohamad Yusof
Foto: Koleksi peribadi

Mendapat sesuatu berupa hadiah sangat menyeronokkan. Apatah lagi hadiah yang diberi merupakan sebuah kejutan. Suprise!!! Itu yang N rasakan ketika menerima parcel yang dipos ke rumah tadi. Melihat nama pengirim, seolah-olah kenal. Rupanya Nanny shaklee a.k.a Kak Ruziah Amin yang kirim. 

Buka saja bungkusan, n terkedu dan terharu atas ingatan beliau membelikan cenderahati ketika percutian beliau ke US yang ditaja sepenuhnya oleh shaklee. Walaupon N tak dapat menyertai kerana tak cukup point, namun ingatan beliau ini mengubat duka hati. Insya Allah akan menjadi motivasi untuk terus berjaya dengan shaklee pada masa hadapan. Terima kasih kak..

Ingatan dari nanny Ruziah Amin

Wednesday 24 September 2014

Sambutan raya shaklee

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: koleksi peribadi


Duduk berehat tetiba dapat email dari shaklee ni. Bila buka, rupanya jemputan sambutan hari raya yang shaklee akan buat. Sebelum ni beberapa tempat di beberapa buah negeri telah diadakan sambutan raya ni. Kini tiba giliran bagi dealer2 shaklee yang berada di negeri terengganu pula. 

Terasa nak pergi, tapi badan macam tak berapa larat lagi nak travel jauh-jauh. Tak jauh mana pon, cuma hampir 2 jam perjalanan dengan kelajuan sederhana. Akan dipertimbangkan. Seronok jugak kan makan-makan. Jumpa sesama SID. Lama tak jumpa kengkawan shaklee. Tengok la nanti camna.


Cuti sakit

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: sendiri


Selambak ubat untuk dimakan. Pahitnya tekak, beratnya kepala, ketatnya hidung, ini lah dugaan Allah untuk menghapus dosa-dosa kecilku. Ku pasrah. Alhamdulillah...

Hari ni mc (cuti sakit) selama dua hari. Alhamdulillah boleh rehat sikit dirumah. Kerja memang tak pernah habis. Sekurang-kurangnya boleh golek-golek dengan Haziq.
Jom makan ubat!

Tuesday 23 September 2014

Demam

Teks: Nurul  Huda Mohamad Yusof
Foto: carian google

Gambar hiasan semata-mata

Sangat tidak bermaya. Itulah yang N rasakan sejak awal pagi tadi. Sejak semalam simptom sakit tekak sudah melanda, memang tak lalu makan. 

Hari ni sudah la tak larat, kerja pula banyak untuk diselesaikan. Semuanya urgent. Tak boleh ditangguh lagi.
Sedih rasanya ketika sakit ni suami tiada disisi. Huhu.. mengada kau N! Haha..sesekali apa salahnya bermanja-manja dengan suami sendiri kan? Bukan suami orang!

Ok la. Mahu merehatkan diri. Sakit sangat kepala. Mata rasa panas sangat. Hidung tersumbat. Badan sejuk menggeletar. Harap-harap demam biasa saja.

Monday 22 September 2014

Sabun sarang burung

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: Koleksi peribadi

Saje je round-round cuci mata hari tu ternampak la member post pasal sejenis sabun baru ni. Sabun keluaran terbaru katanya. Tanya punya tanya, N pon terbeli  la seketul. Sebab memang cari pon sabun untuk kecikkan pori-pori muka ni. 

Cara guna: Basahkan muka, gosok sabun ditapak tangan sampai berbuih, sapu muka dengan buih, biarkan meresap sekejap, bilas hingga bersih.
Mudah kan??

Harap2 lepas ni muka N berseri-seri la hendaknya...ahaks..

Ni la sabunnya...wangi...
Ni kotak packagingnya

Saturday 20 September 2014

Resdung vs seduan


Teks : Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto : carian google dan peribadi


Resdung atau di terengganu di panggil seduan, rupanya sangat menyeksakan. Dulu N tak tahu N ada resdung, stakat gatal-gatal muka tu biasa la, ingatkan kena habuk ke, nak tumbuh jerawat ke... tapi baru-baru ni N saje buat facial resdung sebab ada promosi. Gatal la nak buat asap-asap kat muka tu. Skali balik, amik kauuu. Bersin tak henti-henti, gatal hidung cam berhingus. N pon paksa hembus kuarkan hingus tu sampai rasa selesa hidung. Sampai rasa dah takde benda dalam tu. 

Gambar hiasan semata-mata. Tapi guna yang camni la masa facial tu

Tapi esoknya, rasa tak selesa bertambah. Sebelah hidung je...rasa tersumbat je. N pon hembus2 bersihkan, korek taik2 idung tu sampai clear. Rupanya tindakan tu buat hidung ni luka kat dalam tu. Payahnya la. Letak ubat TYT dalam hidung nak kasi baik luka, tapi cam makin teruk. Sampai la smalam dok korek2, pastu cam bau busuk dah idung. hahaha. Hidung sendiri cakap bau busuk takpe. Hidung orang lain tak sanggup nak bau. Pastu cuba jolok kapas, kuar-kuar kapas tu ada calit warna krim. NANAH?? Oh tidak!!!

Terus mengadu manja kat En. B, dia pon ajak ke klinik. Tapi dah kul 9.30 malam, Haziq pon dah tido. so Esok je la, bang....

Hari ni, pepagi lagi bersiap. Klinik buka je terus serbu. Tak sanggup bertahan lagi. Dapat la 3 jenis ubat. 2 ubat seduan@resdung, 1 antibiotik untuk matikan kuman. Terus je makan dalam kereta.
 

3 jenis ubat
 Lepas makan, rasa hidung sakit, sakit kepala sebelah, mata gatal dan berair, dalam mata tu cam ada ulat jalan-jalan. Tapi tahankan je la, mungkin tindak balas ulat dengan ubat kan....Harap2 cepat sembuh. Esok dah nak keje smula.

Korang nak tahu lebih lanjut pasal resdung tak? Meh baca ni...banyak info http://resdung.delimarubie.my/apaituresdung.php

Pengalaman pembelian secara online

Teks : Nurul huda Mohamad Yusof
Foto: carian google dan peribadi

 

Sesuai dengan kemudahan dan gaya hidup masa kini, membeli belah  secara dalam talian (online)  tidak asing lagi bagi kebanyakkan dari kita. Antara kemudahan membeli secara online adalah proses membeli lebih mudah dan pantas tanpa perlu beratur di kaunter atau bersesak-sesak. 

Kadang-kadang kita mendapat edisi terhad yang sukar didapati  atau dapat membuat perbandingan harga dengan lebih cepat.  Boleh buat survey perbandingan harga  mengenai produk yang sama di beberapa laman web lain hanya dihujung jari. Tak perlu keluar masuk dua tiga kedai sehingga berpeluh ketiak. N ni plak jenis yang cerewet. Kadang-kadang 10 kedai masuk pon tak jumpa lagi ikut kehendak N nak. 

Banyak sebenarnya yang N dah beli secara dalam talian ni. Yang mula-mula skali N beli pon N dah tak ingat beli apa. Ada N beli baju sendiri, baju En. B, baju boboboy biasanya Gap pyjamas tu, beli botol susu Tommee tippee dan banyak lagi la. Setakat ni Alhamdulillah belum pernah lagi kena tipu. 

Morgan Garment Steamer ni adalah pengalaman pertama kali N membuat pembelian di Lazada. N beli dengan seorang lagi rakan kat sekolah. Masa tu mahal benda ni. Dalam 300 keatas. So bila ada promosi dari Lazada tu harga jadi 150 kot termasuk penghantaran, kami pon beli la. Konon nak senang gosok baju batek setiap khamis. Pembelian ni takde masalah, 3 hari bekerja dah sampai. Sangat mudah, pembayaran guna Meps Maybank2u.


Steam garment warna pink beli di lazada...mudah la konon nak iron baju


Selain tu pernah beli juga tablet untuk anak-anak nak main game. Sekali beli kena beli 2 bijik. Kalau tak nanti bergaduh, berebut, N jugak jadi tarzan. Beli ni ok jugak. Apa ntah nama kedai tu. Sebelum beli, call dulu, sebab nak beli 10 bijik masa tu. Termasuk cikgu-cikgu sekolah skali beli untuk anak masing-masing. Oleh sebab beli dalam kuantiti banyak, so dapat la diskaun. Dari harga RM239 jadi RM179sebijik. Ok la kan?? Jimat skit duit N.



Ni tablet untuk Harish dan Hakimi.. Haziq baby lagi masa tu
Banyak lagi la pembelian atas talian yang N buat, hihi.. tak pernah jemu, tak pernah serik, gatal je tangan. Lagi-lagi time gaji. Setakat ni adalah sangat ok penjual-penjual online ni, walaupon kadang-kadang ada juga barang yang diterima tidak menepati citarasa, warna tak serupa seperti gambar, terima je lah. Tak nak pakai, bagi je kat saper2, malas nak bising2. Apapon, enjoy!

Walaubagaimanapon, keputusan membeli ditangan anda. Walaupun pilihan membeli secara online mempunyai banyak kelebihan seperti pembeli boleh membuat pembelian dari keselesaan rumah, tidak perlu bersesak di jalan raya ataupun bersusah payah beratur di kaunter pusat-pusat membeli belah, tetapi masih ramai yang bimbang dan tertanya-tanya adakah membeli secara online ini selamat?? Adakah menepati kehendak?? Adakah sempurna seperti dalam gambar?? Tepuk dada Tanya selera, klik mouse cucilah mata.

Air basikal

Teks : Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto : sendiri punya

Ni anak-anak panggil air basikal. Naper? Sebab ada gambar orang naik beskal tu. Lagipon ibu suka minum lepas kayuh beskal tak jalan tu, dan bawa bekal tiap kali gi aerobik. 

Menda ni nak minum kena bancuh. Ala2 glukos tu... senduk, campur dalam air, kacau. N suka bancuh dlm botol mineral kecik tu, pastu shake2 your body... eh silap. Shake botol tu la. Pastu simpan kat peti. Dah sejuk minum...fuh. terangkat.

La ni, boboboy plak berebut minum air ni. Kata bertenaga. Memang la fungsi dia ala2 100plus tu.. tp ni sihat tak de gas. Tu yang best tu. Lagipon bagus untuk tambah bendalir. Air kan kena minum banyak. Payah nak suruh boboboy minum air kosong. Minum air beskal ni pon kira ok la kan.


Ni la air beskal @ Performance Drink. 1 tong harga cuma RM66. Sangat sedap dan menambah tenaga.


 #Saya jual Shaklee
    Contact no/call/sms/whatsapp : 0193429577

Friday 19 September 2014

Oshin

Teks : Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto : Carian Google






Korang kenal tak saper ni???

Ni la Oshin...heroin filem drama bersiri jepun satu masa dulu. Masa tu N sekolah rendah lagi. Syok tau cerita ni. Memang tengok hari-hari. Suka sangat dengan oshin ni sebab dia cantik, baik, rajin. 

Apa kena mengena Oshin dalam ini blog???

Hahaha...
Sebenarnya hari ni terasa koya.... angan-angan jadi oshin.

Sebab??

Sebab hari ni mengemas rumah. Pastu mengelap lantai. Lap ok... bukan mop. Lap. 
Kan oshin dulu-dulu lap lantai rumah dia dan rumah orang yang dia kerja tu. So hari ni jadi ala-ala oshin la kan... hihi

Ok. Tu je. Sangat penat. Mengemas alih perabot bagai. Gara-gara En. B nak pasang SKYBOX. Apa tu?? Lenkali cerita.

Thursday 18 September 2014

School holiday # Lost World of Tambun # Part 2

Teks : Nurul HudaMohamad Yusof
Foto : Koleksi peribadi

Pagi-pagi lagi dah memekak nak gi mandi terus, sampaikan taknak sarapan pon....

Beratur beli tiket

Tiket dewasa RM50 x2 = RM100
Tiket kanak-kanak RM43 x3 = RM 129
Loker = RM10




Selepas salin pakaian dan simpan beg di loker, kami pon mula explore taman tema tersebut. mula-mula ke bahagian permainan out door.

Benda ni kami tak berani naik. Cam gayat je. Anak2 pon kami tak bagi walaupon dia tak pusing 360 macam di sunway. yang ni hayun 180 je.
 
Ni ayah dengan boboboy naik. Ibu masih belum berani
Suka haziq dapat pegang kuda


Ni gajah batu kat tempat melombong bijih timah. Ingat nak panjat atas gajah amik gambar, tapi seriau tinggi sangat.
Round keliling naik train

Bagi makan apa ntah nama dia ni. Haziq tak takut langsung

Burung atas kepala i la.....

Refleksi kaki. Dah la pijak batu2 tajam, batu dalam air kolam, air plak panas. Ada berani?

Hakimi sorang je berani berendam kat kolam air panas tengahari buta

Aktiviti mandi manda tak ada gambar, simpan fon dalam loker. Syok juga sesekali mandi macam budak-budak. Layankan je anak. Haziq terlemas sekejap. Mujur Harish perasan. Banyak jugak tertelan air, tau-tau dah tertonggeng. lepas tu Haziq macam fobia skit, asyik suruh ayah dukung je. Alhamdulillah tak ada apa-apa.


Budak kepenatan, masuk kereta terus tidur
Berakhirnya percutian kali ini. Jam 4 petang kami bertolak balik ke terengganu dengan kenangan dan kegembiraan boboboy.

Pergi tak kembali

Sahabat seperjuangan, cikgu Samsul bahari bin jusoh telah pergi mengadap Ilahi pada tarikh 18 sept 2014. 

Beliau seorang guru yang cemerlang dan aktif di sekolah. Sangat terkejut dan bersedih dengan pemergiannya.

Tuesday 16 September 2014

School holiday # Lost World Of Tambun # Part 1

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: Koleksi peribadi

Plan balik kampung 15- 20sept telah terbatal!! Sangat sakit hati apabila 15hb tu tetiba en.B terpaksa meeting di BTPN terengganu. Dan yang paling di kesali ialah  CUTI DITARIK BALIK!! Frust sangat. Anak2 pon merungut sebab tak dapat balik kampung atok.

Dengan rasa kecewa, N pon terus google tempat2 menarik cuti sekolah yang berhampiran. Yaaaaa... terpapar kemeriahan taman tema air Lost World of Tambun. Tunjuk ke boboboy, mereka melonjak2 kegirangan. Hihi. 


Apa lagi, terus cari hotel yang available. Booked by call malam itu juga. Takut walk in sampai sana tak jumpa hotel. Kami duduk di Golden Roof hotel.. lebih kurang 10minit dari LWOT.. harga pon sangat murah. RM 108 je 1 malam untuk twin sharing. Ok la untuk tidur dan berehat. Hotel sangat bersih dan memuaskan.

Bertolak dari rumah jam 7 pagi 16/9/2014. Kebetulan cuti Hari Malaysia kan. So jalan agak sibuk dengan kenderaan. Kami memilih ikut laluan Lojing Gua Musang. Entah bagaimana di Gua musang En.B lupa nak tambah minyak, sampai di persimpangan simpang pulai dan cameron highland tu minyak memang tinggal 2 bar je. Apalagi, tak berani la kami teruskan perjalanan. So terpaksa lah masuk juga ke cameron dan stesen minyak terhampir adalah di brinchang. Cameron sangat sesak, biasa la musim cuti sekolah+cuti hari malaysia, so korang boleh bayangkan la kesesakan disitu.

2 jam kami meredah cameron untuk menambah minyak. Banyaknya masa abis disitu. Saje la pujuk anak.."kita tido cameron nak? Kita gi lenkali je tambun tu?". Hihihi.. tp boboboy bangkang keras. Sampai haziq si boboboy kecik pon nangis tak setuju tidur cameron. 

dalam pukul 4 petang baru sampai. Kami jalan2 kat pintu masuk tu. tengok pakej, masa. Kemudian kami ambil keputusan datang esok pagi, baru panjang sikit masa. Kalau masuk hari ni, rugi. Sebab taman tema ni tutup jam 6 petang.
boboboy yg frust tak dapat masuk...

   



Friday 12 September 2014

School holiday# La Hot Spring

Teks : Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto : Koleksi sendiri


Cuti sekolah sangat menggembirakan hati boboboy dan ibu jugak, sebab ibu turut bercuti. 😛. Tapi rasa macam pendek sangat, seminggu je pon. Itu pon 2 hari N kena bertugas juga bergilir. 

Ok.. plan pertama ajak ayah dan boboboy gi berkelah dekat je dulu. Dekat tapi jarang pergi. Kami gi mandi manda kat La Hot Spring, besut. Ajak anak buah skali 3 orang, kasi ramai dan meriah lagi. Padahal ramai je kat sana sebab musim  cuti sekolh ni kan.


Plan hari sebelumnya konon nak masak nasi lemak untuk bekalan disana. Tapi sampai ke lewat malam, member abang datang rumah, so tak dapat la N buat persiapan sebab barang2 tak beli lagi. Makanya, pagi tu masak je la apa yang ada buat lauk. Habis jugak pon!

Di La Hot Spring dah banyak perubahan. Makin bersih, dan dah ada kolam air panas baru di belah bawah. Tu yang kitaorg snap gambar tu.... kalau dulu nak berendam air panas kena panjat tinggi skit. Dah tua2 ni cam tak larat plak nak naik atas. Tapi memang terbaek la kolam kat atas tu. Air panas giler. Bawak telur leh masak telur tu. Eh! Ye ke?? Hahaha.. kami belum pernah cuba pon. Cuma dengar cakap2 orang sini je.. hehe..

Untuk kanak2, sungai kat bawah la sesuai... cam Haziq, lebih selesa mandi sungai bawah, air suam2 je... mandi atas pasir sungai... meniarap sebab air paras buku lali ayah je.. N tak mandi pon, lepas rendam kaki kat kolam air panas, N duduk santai baca novel... sambil2 update blog ni.. hahaha

Tengahari selepas 4 jam lepak situ, kami pon kemas2 pulang ke rumah. Dalam perjalanan yang amik masa 45minit tu hujan turun lebat sangat. Mujur sempat balik sebelum hujan. Jerteh memang musim hujan skarang ni. Apa pon boboboy gembira.

budak penat main air...



Thursday 11 September 2014

UPSR

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto :Selfie

9 hingga 11 September 2014 adalah tarikh semua murid tahun 6 di Malaysia mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Tapi mungkin tahun ini adalah tahun bersejarah kerana beberpa kertas ujian terpaksa di ulang akibat kebocoran soalan. Kertas terbabit ialah kertas ujian Sains dan kertas Bahasa inggeris 1 & 2.
 
Sempat berselfie masa ujian sains yang ditunda
Tahun ni N pertama kali menjadi pengawas peperiksaan. Bertugas di SK Lubuk Kawah sebagai Timbalan Pengawas Peperiksaan. Sekurang-kurangnya dapat lah menimba pengalaman jaga periksa. Itupon isi sebab kena paksa dengan PK 1 sebab tak cukup orang. Apapon enjoy dengan kerja kita, baru kita tak stress kan???

Ok lah. nak mulakan tugas ni.