Friday 12 September 2014

School holiday# La Hot Spring

Teks : Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto : Koleksi sendiri


Cuti sekolah sangat menggembirakan hati boboboy dan ibu jugak, sebab ibu turut bercuti. 😛. Tapi rasa macam pendek sangat, seminggu je pon. Itu pon 2 hari N kena bertugas juga bergilir. 

Ok.. plan pertama ajak ayah dan boboboy gi berkelah dekat je dulu. Dekat tapi jarang pergi. Kami gi mandi manda kat La Hot Spring, besut. Ajak anak buah skali 3 orang, kasi ramai dan meriah lagi. Padahal ramai je kat sana sebab musim  cuti sekolh ni kan.


Plan hari sebelumnya konon nak masak nasi lemak untuk bekalan disana. Tapi sampai ke lewat malam, member abang datang rumah, so tak dapat la N buat persiapan sebab barang2 tak beli lagi. Makanya, pagi tu masak je la apa yang ada buat lauk. Habis jugak pon!

Di La Hot Spring dah banyak perubahan. Makin bersih, dan dah ada kolam air panas baru di belah bawah. Tu yang kitaorg snap gambar tu.... kalau dulu nak berendam air panas kena panjat tinggi skit. Dah tua2 ni cam tak larat plak nak naik atas. Tapi memang terbaek la kolam kat atas tu. Air panas giler. Bawak telur leh masak telur tu. Eh! Ye ke?? Hahaha.. kami belum pernah cuba pon. Cuma dengar cakap2 orang sini je.. hehe..

Untuk kanak2, sungai kat bawah la sesuai... cam Haziq, lebih selesa mandi sungai bawah, air suam2 je... mandi atas pasir sungai... meniarap sebab air paras buku lali ayah je.. N tak mandi pon, lepas rendam kaki kat kolam air panas, N duduk santai baca novel... sambil2 update blog ni.. hahaha

Tengahari selepas 4 jam lepak situ, kami pon kemas2 pulang ke rumah. Dalam perjalanan yang amik masa 45minit tu hujan turun lebat sangat. Mujur sempat balik sebelum hujan. Jerteh memang musim hujan skarang ni. Apa pon boboboy gembira.

budak penat main air...



No comments: