Teks : Nurul huda Mohamad Yusof
Foto: carian google dan peribadi
Sesuai
dengan kemudahan dan gaya hidup masa kini, membeli belah secara dalam
talian (online) tidak asing lagi bagi kebanyakkan dari kita. Antara
kemudahan membeli secara online adalah proses membeli lebih mudah dan pantas
tanpa perlu beratur di kaunter atau bersesak-sesak.
Kadang-kadang
kita mendapat edisi terhad yang sukar didapati atau dapat membuat
perbandingan harga dengan lebih cepat. Boleh buat survey perbandingan
harga mengenai produk yang sama di beberapa laman web lain hanya dihujung
jari. Tak perlu keluar masuk dua tiga kedai sehingga berpeluh ketiak. N ni plak
jenis yang cerewet. Kadang-kadang 10 kedai masuk pon tak jumpa lagi ikut
kehendak N nak.
Banyak sebenarnya yang N dah beli
secara dalam talian ni. Yang mula-mula skali N beli pon N dah tak ingat beli
apa. Ada N beli baju sendiri, baju En. B, baju boboboy biasanya Gap pyjamas tu,
beli botol susu Tommee tippee dan banyak lagi la. Setakat ni Alhamdulillah
belum pernah lagi kena tipu.
Morgan
Garment Steamer ni adalah pengalaman pertama kali N membuat pembelian di Lazada.
N beli dengan seorang lagi rakan kat sekolah. Masa tu mahal benda ni. Dalam 300
keatas. So bila ada promosi dari Lazada tu harga jadi 150 kot termasuk
penghantaran, kami pon beli la. Konon nak senang gosok baju batek setiap
khamis. Pembelian ni takde masalah, 3 hari bekerja dah sampai. Sangat mudah,
pembayaran guna Meps Maybank2u.
Steam garment warna pink beli di lazada...mudah la konon nak iron baju |
Selain tu pernah beli juga tablet untuk anak-anak nak main game. Sekali beli kena beli 2 bijik. Kalau tak nanti bergaduh, berebut, N jugak jadi tarzan. Beli ni ok jugak. Apa ntah nama kedai tu. Sebelum beli, call dulu, sebab nak beli 10 bijik masa tu. Termasuk cikgu-cikgu sekolah skali beli untuk anak masing-masing. Oleh sebab beli dalam kuantiti banyak, so dapat la diskaun. Dari harga RM239 jadi RM179sebijik. Ok la kan?? Jimat skit duit N.
Ni tablet untuk Harish dan Hakimi.. Haziq baby lagi masa tu |
Banyak lagi la pembelian atas talian yang N buat, hihi.. tak pernah jemu, tak pernah serik, gatal je tangan. Lagi-lagi time gaji. Setakat ni adalah sangat ok penjual-penjual online ni, walaupon kadang-kadang ada juga barang yang diterima tidak menepati citarasa, warna tak serupa seperti gambar, terima je lah. Tak nak pakai, bagi je kat saper2, malas nak bising2. Apapon, enjoy!
Walaubagaimanapon, keputusan membeli ditangan anda. Walaupun pilihan membeli secara
online mempunyai banyak kelebihan seperti pembeli boleh membuat pembelian dari
keselesaan rumah, tidak perlu bersesak di jalan raya ataupun bersusah payah
beratur di kaunter pusat-pusat membeli belah, tetapi masih ramai yang bimbang
dan tertanya-tanya adakah membeli secara online ini selamat?? Adakah menepati
kehendak?? Adakah sempurna seperti dalam gambar?? Tepuk dada Tanya selera, klik
mouse cucilah mata.
No comments:
Post a Comment