Pengenalan
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.5°C, jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam.
Demam juga boleh dimanifestasikan oleh penyakit kronik atau sebarang reaksi immunologi.
Penyebab Demam
#Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit
#Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis)
#Demam malaria/denggi/HIV
#Penyakit sendi
#Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
#Barah/Kanser
Rawatan
Jangkitan ringan selalunya akan lega tanpa rawatan kerana sistem imunisasi berjaya menangani jangkitan.
Perkara yang perlu dilakukan dirumah ketika demam adalah :
#Demam yang ringan <38°C dan tiada komplikasi
#Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
#Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
#Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.
#Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
#Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
#Mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
#Jika anda mempunyai gejala yang serius :
#Jika suhu badan melebihi ≥38°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
#Baru pulang dari perjalanan luar negara.
#Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
#Sakit perut, mata atau tulang pipi.
#Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
#Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
#Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
#Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
#Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
#Demam berkaitan dengan kecederaan
Pencegahan
#Elakkan dari mendekati seseorang yang demam berpunca daripada penyakit berjangkit seperti TB
#Mengamalkan kebersihan .
#Menjauhi tempat-tempat yang sesak seperti perhimpunan jalanan dan pusat membeli-belah yang sesak
#Sentiasa aktif dan melakukan senaman secara berkala
#Ambil diet yang seimbang dan sihat.
No comments:
Post a Comment