Friday, 26 December 2014

Cuti Tahun 2015

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Sumber dan Foto: Carian google


Yuhuuuu... dah hujung tahun..
Meh N share jadual cuti tahun depan, senang la uolls nak rancang travel ke, kenduri ke, suprise celebrate ke...kan?
Bagi N ia membantu sangat nak plan cuti-cuti Malaysia, Malaysia je uolls, tak habis round lagi ni. Kalau lah ada duit lebih, ingin rasanya nak buat umrah ziarah... tungguuuuu, masanya pasti tiba. Ok, enjoy your day.

Saturday, 25 October 2014

Cabaran 30 hari blogging- Nasi Bukhari #Day 25

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: koleksi 

Cuti panjang Deepavali ni terasa lama sungguh. Walaubagaimana pon, waktu sebegini yang sangat N gemar. Bersantai bersama keluarga. Satu moment yang sàngat berharga. 

Waktu cuti sebegini la N dapat memasak untuk family. Kalau hari kerja tu memang payah la. Jarang masuk dapur. Biasanya kami makan luar je. 

Hari ni N rancang untuk memasak Nasi Bukhari. Perencah memang dah lama beli. Pagi-pagi keluar cari daging. Tàk jumpa pula, jadi beli je ayam untuk ganti daging. Pastu beli tomato, halia, cili hijau. Bahan lain dah ada di rumah.

Ni la perencsh Nasi Bukhari

Cara masaknya senang je. Nak resepi? Ok N snap sini ye, malas nak taip.

Resepi Nasi Bukhari

Tumis dulu bahan-bahan bersama ayam

Lepas selesai tumis bahan-bahan, tuang dalam periuk yang ada beras dan air tadi. Sukatan beras ialah, 4 cawan beras=6 cawan air. Kalau ikut resepi dia 5 cawan je, tapi N suka nasi tu lembut skit, tak terlalu keras. Dah masuk bahan tu ke dalam periuk beras, tutup rapat-rapat dan set masa. Oleh kerana N guna periuk pressure cooker, N pilih je button rice (9minit). Mudah dan cepat.

Pilih button rice, tunggu masak
Dah siap masak, terus hidangkan. Gambar nasi tak ambil pula. Sibuk layan anak beranak ni makan. Alhamdulillah semua suka. Makan bertambah lagi. Tak sangka pandai jugak ibu masak, kan? 

Sampai sini je pengalaman masak nasi bukhari. Lain kali share pulak resepi lain.

Monday, 20 October 2014

Cabaran 30 hari blogging- Sarapan Mudah dan Sedap #Day 20

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: Sendiri

Pagi-pagi memang kelamkabut nak gi kerja, anak-anak nak gi sekolah, nak hantar anak bongsu ke rumah pengasuh. Menmang rasa macam tak cukup masa. Tapi nak bangun awal dari jam 6 tak sanggup. Sayang tido plak.

Uolls pernah tak ada masalah macam ni???

So untuk jimatkan masa, bancuh la ESP + milo, boh ais, shake2 kasi campur. Minum ni gerenti kenyang perut sampai tengahari. Siap berebut dengan Hakimi lagi. Uolls dah try??


Ok. Mesti uolls nak tau apa kelebihan minum ESP ni kan? Meh nak goyak.
Antara khasiat-khasiat ESP:

Sunday, 19 October 2014

Cabaran 30 hari blogging -Periuk Idaman #Day 19

Teks : Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto : Snap sendiri



Lama dah mengidam benda alah ni. Sejak dari guna api sampai la gua karen tekan-tekan ni.
Akhirnya.....


Berjaya juga beli walaupon muka cik abg ketat je masa tolong angkat dari bonet kereta. Ye lah... dah beli, baru bagitau. Hihihi. Ni pon guna bonus shaklee.

Nak cari resepi mudah-mudah dulu nak try piyok ni. Tapi tunggu hari cuti la kan. Busy sangat la dah nak akhir tahun ni. Nanti dah try N share dengan semua ye.

Saturday, 18 October 2014

Cabaran 30 hari blogging- vit C promo?? #Day 18

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: Group whatsapp



TERUJA!!
Tetiba dapat sms dan whatsapp hari ni ada promosi Beli 6 percuma 1 Vitamin C sustained release.
Yahooooo... terkejut beruk kami.
Kebetulan memang otw ke shaklee KB, apa lagi...amik order la berkoyan-koyan kan. Bila lagi nak dapat peluang camni.


Vitamin C ni la yang jadi kegilaan wanita-wanita jelita diluar sana. Nak tahu apa kelebihannya?

MANFAAT UTAMA :
  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Antara simptom kekurangan Vitamin C :
  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat sembuh
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)

Perbezaan Shaklee (dengan Vitamin C yang ada di pasaran)
  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.


Untuk pertanyaan/order:
nurul 0193429577

Wednesday, 15 October 2014

Cabaran 30 hari blogging- Seminar Integriti Warga Pendidik #Day 15

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: Koleksi sendiri

Bertempat di tingkat 4, PPD Besut, 4 buah sekolah diwajibkan mengikuti Seminar Integriti Warga Pendidik. Wajib untuk semua sekolah, semua guru. Hampir 4 jam seminar ini berlangsung, memang sakit pinggang, tapi mujur penyampainya menggunakan unsur2 kecindanan menyebabkan N tak rasa mengantuk pon.


Tak sah kalau takde gambar. Bukti hadir!!

Monday, 13 October 2014

Cabaran 30 hari blogging- Roti sarang lebah #Day 13

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: sendiri

 Korang pernah dengar tak roti sarang lebah?
Pernah makan tak?
Musim roti sarang lebah skarang ni....

Pelik kan nama dia... terfikir kenapa diberi nama camtu?
sape tau? Sape tau??

Tak tau... kita makan je lahhhh
Roti yang gebu, lembut

Ni la sosnya...caramel..

Sunday, 12 October 2014

Cabaran 30 hari blogging - Sukaneka S2utour #Day 12

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: pelbagai sumber

Sukaneka adalah acara wajib tiap kali buat family day. Ni bukan family day, tapi s2utour yang boleh dikira ala-ala family day bagi geng-geng s2u group. 

Seronok sangat apabila kelmarin berkesempatan berkumpul ramai-ramai dengan geng-geng ni. Riuh rendah. Group mak-mak, group kaum bapa dan group anak-anak, mudah mesra walaupon kadang baru pertama kali bersua, sebab dah mesra di group maya masing2. 
 Jom saksikan foto-foto semasa acara sukaneka
Hadiah yang dimenangi
Abe bawa bola ping pong dalam sudu

Hakimi isi air dalam botol

Rebut gula-gula...Haziq pon nak sertai juga

Ayah gelek tayar ni menang no 1... sukan lumba dalam guni dah kalah..

Acara tiup belon dan pecahkan

Friday, 10 October 2014

Cabaran 30 hari blogging- Resort Wold Hotel #Day 10

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: Koleksi sendiri

Pemandangan hadapan hotel
Bergambar kenangan depan hotel



Bilik yang cantik dan selesa
Bilik air besar, dalam tu ada 3 bahagian lagi
Port paling digemari anak-anak

Thursday, 9 October 2014

Cabaran 30 hari blogging-UPSR selesai #Day 9

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: Whatsapp group



Akhirnya....
Selesai juga exam UPSR 2014. Harap tiada ulangan lagi. Letih kepala otak guru, murid dan parents. Tahun ini dalam sejarah.

Wednesday, 8 October 2014

Cabaran 30 hari blogging-Bunga kesayanganku #Day 8

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: koleksi peribadi

ORKID!!

 Ini lah bunga kesayangan N. Uolls pon mesti ada bunga kesayangan sendiri kan?
Saje kongsikan dgn uolls, sebab balik tadi tengok bunga ni kembang2 plak. Comel tak?
Meh tengok sikit...



Tuesday, 7 October 2014

Monday, 6 October 2014

Cabaran 30hari blogging -Emas #Day 6




Emas adalah logam yang paling teratas sekali kedudukannya, besi pula logam yang paling terendah sekali kedudukannya.

Jenis-jenis emas:
1. Emas 999.9 (24 karat)
2. Emas 999.5 (23.8 karat)
3. Emas 916 (22 karat)
4. Emas 875 (21 karat)
5. Emas 800 (19.2 karat)
6. Emas 750 (18 karat)
7. Emas 585 (14 karat)
8. Emas 417 (10 karat)
9. Emas 375 (9 karat)
10. Emas 333 (8 karat)

Kenali emas cara tradisional:

Emas 999.9
Warna emas melambangkan ketulenan emas tersebut. Emas 999 berwarna kekuning-kuningan berkilau, terhasil oleh asit yang digunakan semasa proses pembakaran (lebur). Emas ini lembut, tidak mudah patah, jika dibakar tidak mengeluarkan warna kemerah-merahan dan tidak mengeluarkan apa-apa bau,
Emas barang kemas 999 tidak berbunyi seperti bunyi besi, bunyinya amat berlainan.

Emas 916
Emas 916 berbeza sedikit berbanding emas 999, warna kekuningannya agak berkurang berbanding dengan emas 999, keras sedikit kerana mengandungi logam lain sebanyak 8.4% dan kebiasaannya terdapat cop 916 yang terletak pada tangkainya.

Emas 750
Emas 750 jauh berbeza dengan emas 999 dan emas 916, dikenali pada warna yang agak kemerah-merahan dan lebih keras berbanding dengan emas 916,kandungan logam lain dalam emas 750 adalah 25%. Pastikan juga cop yang ada pada tangkainya.

Saturday, 4 October 2014

Cabaran 30 hari blogging - putraLRT #Day 4

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: Tangkap sendiri ada, google je pon ada

Hari ini N dan suami terasa nak ke KL naik public transport. Disebabkan dah lama sangat tak naik public transport, dan memandangkan KL confirm jem hari ini (cuti raya haji), so better gunakan kemudahan yang ada sesambil bagi anak-anak rasa. Destinasi yang nak dituju, kami nak ke KLCC sebab Harish dan Hakimi sibuk nak ke Petrosains tu. Dulu dah pernah pergi, tapi sebab kecik lagi, maybe dia tak ingat. Lagipon nak tunjuk Haziq Dinasor.

Mesin beli coin/token
Zaman N muda-muda dulu, cik abang bawak naik menda ni ada la 3,4 kali. Dulu guna kad, pastu boleh beli kat kaunter je. Zaman ni, kena beli kat mesin touch-touch screen ni. Hahaha. Kalut jugak la. Kami naik kat Stesen Jelatek, sebab senang park kereta kat situ.

Mesin pembelian token

Masa nak buat pembelian, ada duit RM10 not merah tu je. Mesin tak terima. Perjalanan sehala dari Jelatek ke KLCC hanya RM1.60 seorang. Memang kelam kabut. Terasa cam rusa masuk kampung. Mujur Harish bawak duit dia, ibu pon pinjam la duit halus dia. So dapat lah juga kami ke KLCC. Hahaha...poyo


Ni la tokennya...kalau tercicir, tak leh turun keretapi la
Dah dapat token satu hal pulak boboboy ni berebut. Dah la kecik ketuit besar duit 50sen tu. Kalau tercicir memang tak boleh naik train la. So ayah pegang semua. Alhamdulillah selamat sampai dan kembali semula. Dan harapnya akan jadi pengalaman yang berharga untuk boboboy. Takde la jakun sangat kan?

Boboboy bergambar kenangan pertama kali naik putra

Friday, 3 October 2014

Cabaran 30 hari blogging - Taman Tasik Titiwangsa #Day 3

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: Koleksi peribadi, carian google

Perjalanan pulang ke kampung halaman kami suami isteri penuhkan dengan memperkenalkan Taman Tasik Titiwangsa kepada boboboy. Ni la tempat beriadah masa mula-mula kawen dulu. Hehe.

Banyak sudah perubahan yang berlaku disini. Restoran Nelayan dulu sedang dalam pembinaan gamaknya. Tasik pon agak kotor. Mungkin sebab tak pasang air pancur tu, air jadi berkeladak.





Ada kuda boleh ditunggang pada belah petang

Dulu ada Eye's On Malaysia, tapi dah dipindahkan ke Melaka


Boboboy sangat happy dapat main di taman permainan. Ada 4 taman rasanya. Banyak kan? Tapi memang dibina untuk menampung ramai pengunjung pada setiap hujung minggu agaknya.


Taman Gym...untuk dewasa

Salah satu taman permainan untuk kanak-kanak

Litar lumba kereta control

Letih berjalan, makan bekalan ringkas yang dibawa

Lebih kurang 3jam berada di taman tasik titiwangsa, kami bertolak sambung perjalanan ke kampung halaman. Itu pon boboboy masih belum puas bermain lagi.


















Thursday, 2 October 2014

Cabaran 30 hari blogging -Mee Jusoh #Day2

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: Koleksi sendiri

Uollsbiasa tak makan mee sup? Tak kisah la masak sendiri (bagi yang pandai masak) atau pon makan kat kedai. Sedap kan? Ni ada satu cerita untuk uolls.....

Ni la mee jusoh hok tersohor kat jerteh
Pada zaman dahulu.... ewah, hahaha..ku bukan penglipurlara. Ni nak cerita sebenarnya kisah mee sup tersohor dan terlazat di Jerteh. Ikut tekak N la. Tapi kebiasaannya member-member yang datang berkunjung ke sini, mesti minta dibelanja kat kedai mee Jusoh ni. Kira memang tersohor la. Ala-ala KFC plak doh. Kami sekeluarga memang gemar makan kat sini. Makan petang-petang dengan teh ais/teh O ais..fuh berasap-asap mee tu. Jumpa geng kiri kanan pon tak perasan. Betul ni, tak tipu.

Kedai dia kecik je, kat bawah jambatan. tapi tak leh mengadap sungai la. Ada pokok-pokok. Bila musim banjir, air sungai naik memang tenggelam la kawasan tu. Mee ni unik tau. Tak tau la sedap tang mana. Mee ni dimasak banyak-banyak, dan dihidang panas-panas senduk terus hidang. Letak skit sos/cuka/kicap kalau nak. Kita datang kedai ni tak yah order. Duduk je, nanti dia hantar ikut berapa orang yang ada. Pastu dia ambil order air. Biasa kalau ramai sangat orang, dia buat 1 jenis air je. Teh O ais. So pelanggan tak payah tunggu lama.

Kagum jugak la kedai bumiputera boleh bertahan dan maju, serta kekal katanya dari tahun 70-an sampai skarang ni. Korang kena cuba la kalau sampai Jerteh ni. Rugi tak cuba. Ok sampai sini je ceritera Mee Jusoh kali ni.















Wednesday, 1 October 2014

Cabaran 30 hari blogging- Minyak naik #Day 1

Teks:  Nurul Huda bt Mohamad Yusof
Foto: whatsApp group



 Tiba-tiba dapat siaran ni?? 2,3 kali baca. Alamak!! Naik lagi??
Adoi la... tapi mengeluh pon tiada guna. Yang naik tetap naik. Di Malaysia ni yang turun cuma hujan je. Itu pon ada musim di Terengganu ni. Hehe.

Banyak ke naik???


Hihi... 20 sen je naiknya. Gula-gula dapat 2 biji je choclairs.. 
Tak banyak pon. Itupon nak kecoh kan??

#Mengapa minyak naik disaat nak balik kampung Raya Haji ni????

Friday, 26 September 2014

Rahsia Khidmat Pelanggan Usahawan Online

Kuasai Khidmat Pelanggan
Teks: Masayu Ahmad
pn.masayu@gmail.com


Setiap pelanggan mempunyai citarasa, kemahuan yang berbeza. Ada yang mudah diurus, ada juga yang cerewet. Sudah tentu melayan pelanggan yang cerewet memerlukan kemahiran perhubungan awam yang baik. Usahawan tidak perlu beremosi apabila dimarah-marah pelanggan. Sudah tentu ada cara melayan pelanggan yang pelbagai cita rasa dan kerenah.

-Meningkatkan kesetiaan pelanggan
Usahawan harus bijak menjadikan pelanggan terus setia bersama. Bagi mengikat hati pelanggan, sesekali buatlah tawaran potongan harga atau memberi harga istimewa bagi membalas kesetiaan pelanggan. Sentiasalah memberitahu perkembangan terkini syarikat, sama ada tentang produk baru, jualan potongan harga, pertemuaan istimewa bersama pelanggan.

  • Menjaga integriti
Menjaga maruah pelanggan adalah salah satu usaha memberi gambaran imej seorang usahawan yang jujur. Contohnya bagi pengusaha kecantikan yang menawarkan perkhidmatan urut badan. Sudah tentu perlu menutup kelemahan pelanggann dengan tidak bercerita kepada pelanggan yang lain. Ini membuatkan pelanggan selesa dan berulang kali menggunakan perkhidmatan yang sama.

  • Menjaga hubungan dengan pekerja
Walaupun anda hanya menjalankan bisnes dari rumah, pada satu peringkat bisnes akan berkembang dan anda memerlukan pembantu. Anda perlu menjelaskan kepada pembantu semasa dalam proses temuduga awal. Berkongsi maklumat tentang visi dan misi dalam bisnes dengan jelas. Pembantu juga boleh didedahkan dengan persekitaran kerja dan garis panduan bekerja yang anda mahukan.

Hubungan sebagai majikan, anda perlu memberikan skop tugasan yang jelas kepada pekerja. Bayaran yang bakal mereka terima juga perlu diberitahu awal dalam sesi perbincangan persetujuaan kedua belah pihak. Sebaik-baiknya memberikan skop tugasan secara bertulis untuk memudahkan pembantu merujuk jika menghadapi masalah. Walaupun bisnes dari rumah yang dikendalikan adalah skala kecik tetapi menjaga pekerja sama seperti menjaga kesinambungan bisnes agar terus sukses.

  • Memudahkan pelanggan untuk membeli
Berurusan melalui emel dengan pelanggan atas urusan bisnes, maklumat dan perkembangan terkini produk jualan. Anda perlu menyegerakan pesanan dan penghantaran. Dalam kes-kes tertentu usahawan boleh bertanya pelanggan untuk mengetahui status terkini barang sudah sampai dengan selamat atau sebaliknya.

Bagi pelanggan yang baru atau pelanggan setia, anda boleh membuat survey produk apa yang dingini dan pakej bagaimana yang dia suka. Boleh juga memberi kupon harga istimewa atau keratan iklan promosi sepanang tahun dalam bawang yang sudah dipesan untuk pembelian seterusnya.

  • Memberi informasi yang jelas
Salah satu perkara yang tidak boleh diambil mudah ialah memberi penerangan yang jelas tentang produk, terma dan syarat tempahan dan bayaran, status berkaitan barang rosak, tidak boleh dipulangkan selepas pembelian, status barang yang dihantar serta khidmat nasihat susulan selepas menggunakan produk

Miliki Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online

Siri 1 (terbit 25.9.2014)
RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)

Harga selepas ini RM50

https://docs.google.com/forms/d/19mTJH5-PCsTCH9l-iQiWffbOpI7qI4ku2gzDh-dd128/viewform#start=openform


Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online