Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: koleksi
Cuti panjang Deepavali ni terasa lama sungguh. Walaubagaimana pon, waktu sebegini yang sangat N gemar. Bersantai bersama keluarga. Satu moment yang sàngat berharga.
Waktu cuti sebegini la N dapat memasak untuk family. Kalau hari kerja tu memang payah la. Jarang masuk dapur. Biasanya kami makan luar je.
Hari ni N rancang untuk memasak Nasi Bukhari. Perencah memang dah lama beli. Pagi-pagi keluar cari daging. Tàk jumpa pula, jadi beli je ayam untuk ganti daging. Pastu beli tomato, halia, cili hijau. Bahan lain dah ada di rumah.
Ni la perencsh Nasi Bukhari |
Cara masaknya senang je. Nak resepi? Ok N snap sini ye, malas nak taip.
Resepi Nasi Bukhari |
Tumis dulu bahan-bahan bersama ayam |
Lepas selesai tumis bahan-bahan, tuang dalam periuk yang ada beras dan air tadi. Sukatan beras ialah, 4 cawan beras=6 cawan air. Kalau ikut resepi dia 5 cawan je, tapi N suka nasi tu lembut skit, tak terlalu keras. Dah masuk bahan tu ke dalam periuk beras, tutup rapat-rapat dan set masa. Oleh kerana N guna periuk pressure cooker, N pilih je button rice (9minit). Mudah dan cepat.
Pilih button rice, tunggu masak |
Dah siap masak, terus hidangkan. Gambar nasi tak ambil pula. Sibuk layan anak beranak ni makan. Alhamdulillah semua suka. Makan bertambah lagi. Tak sangka pandai jugak ibu masak, kan?
Sampai sini je pengalaman masak nasi bukhari. Lain kali share pulak resepi lain.
No comments:
Post a Comment