Monday, 6 October 2014

Cabaran 30hari blogging -Emas #Day 6




Emas adalah logam yang paling teratas sekali kedudukannya, besi pula logam yang paling terendah sekali kedudukannya.

Jenis-jenis emas:
1. Emas 999.9 (24 karat)
2. Emas 999.5 (23.8 karat)
3. Emas 916 (22 karat)
4. Emas 875 (21 karat)
5. Emas 800 (19.2 karat)
6. Emas 750 (18 karat)
7. Emas 585 (14 karat)
8. Emas 417 (10 karat)
9. Emas 375 (9 karat)
10. Emas 333 (8 karat)

Kenali emas cara tradisional:

Emas 999.9
Warna emas melambangkan ketulenan emas tersebut. Emas 999 berwarna kekuning-kuningan berkilau, terhasil oleh asit yang digunakan semasa proses pembakaran (lebur). Emas ini lembut, tidak mudah patah, jika dibakar tidak mengeluarkan warna kemerah-merahan dan tidak mengeluarkan apa-apa bau,
Emas barang kemas 999 tidak berbunyi seperti bunyi besi, bunyinya amat berlainan.

Emas 916
Emas 916 berbeza sedikit berbanding emas 999, warna kekuningannya agak berkurang berbanding dengan emas 999, keras sedikit kerana mengandungi logam lain sebanyak 8.4% dan kebiasaannya terdapat cop 916 yang terletak pada tangkainya.

Emas 750
Emas 750 jauh berbeza dengan emas 999 dan emas 916, dikenali pada warna yang agak kemerah-merahan dan lebih keras berbanding dengan emas 916,kandungan logam lain dalam emas 750 adalah 25%. Pastikan juga cop yang ada pada tangkainya.

No comments: