Thursday, 29 May 2014

Lesen memandu

Teks: Nurul Huda bt Mohamad Yusof
Foto: Koleksi peribadi

Anda ada lesen memandu? Kenapa perlu lesen memandu?  

1. Senang kita nak bergerak kemana saje tanpa perlu bergantung dan mengharapkan orang lain
2. Sifat berdikari dan tidak perlu menyusahkan orang 
3. Kes emergency 


Saya mula dapat lesen memandu selepas tamat SPM (1998). Maknanya dan 14 tahun memandu kereta dengan sah. Opssss... Memamglah sebelum tu lg dah bawak kereta, tapi tanpa lesen lah. Tak berani pergi jauh-jauh. Setakat dalam kawasan kampung ayah lepas la lagi.

Ulangtahun yang ke 34 baru ni buat renew lesen memandu di JPJ Besut ni. biasanya renew kat pejabat pos je. Kali ni teruja ke JPJ sebab nak buat kad baru. Tambahan pula cuti sekolah. Jadi memang banyak masa untuk buat di JPJ la kan.

Hahaha...kiut tak?? Tembam kan? ok sape yang belum tukar lesen memandu pesen baru disarankan buat cepat. Harga serupa je. Bawak gambar sendiri atau snap gambar disana pon boleh.

Saturday, 24 May 2014

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut

Teks: Nurul Huda bt Mohamad Yusof
Foto: Koleksi peribadi


Pengenalan:
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus.

Penyebab:
Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus.

Di antara gejala jangkitan ialah:
� Demam
� Sakit tekak
� Ulser pada tekak dan mulut
� Sakit kepala
� Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
� Hilang selera makan

Baru ni Haziq kena HMFD ni. Sebagai ibu, sangatlah kasihan bila anak sakit sehingga tak lalu makan kerana penuh biji-biji dalam mulut.

Alhamdulillah selepas ambil ubat di klinik dan buat langkah-langkah pencegahan untuk abang-abangnya, keadaan beransur pulih. Penyakit ni berjangkit, dan kena berjaga-jaga dalam masa seminggu dihinggapi. Pengalaman menjaga anak ketika kena sakit ni memang mencabar kesabaran sungguh. Ditambah lagi Haziq tetiba susah nak makan ubat. Namun akhirnya sembuh seperti sediakala.
Ni jelah Haziq selesa telan semasa proses penyembuhan

Thursday, 15 May 2014

SIAPA SAYA

Teks: Nurul Huda bt Mohamad Yusof

Assalamualaikum wbt.

Dilahirkan pada tahun 1980 di Selangor dan diberi nama Nurul Huda bt Mohamad Yusof. Anak sulung yang manja kerana jarak umur 6 tahun dari adik. Memulakan kerjaya pada tahun 2001 dalam bidang perguruan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia demi memenuhi impian bonda yang mahukan seorang pendidik dalam keluarga. Mendirikan rumahtangga di usia 24 tahun dan kini telah dikurniakan 3 orang cahaya mata berusia 9, 8 dan 3 tahun. Sangat berharap kehadiran sekuntum bunga untuk memeriahkan lagi kehidupanku bersama kumbang2 yang ada.

Minat kepada bidang ICT menjebakkan diri saya kepada arena blogging. Hinggalah 1 ketika saya menemui Shaklee dan terbuka hati untuk join bisnes MLM dengan syarat boleh dilakukan secara online. Pertemuan semula di alam maya dengan seorang sahabat zaman 'sekolah rendah' menyebabkan saya mengikuti kelas Asas Blog dan Fan Page. Tujuan utama untuk meningkatkan ilmu dan membantu mengembangkan perniagaan online saya kerana ingin mengubah kehidupan kami sekeluarga dan dalam masa yang sama membantu ramai insan diluar sana mendapat kehidupan yang lebih baik.

"Belajar selagi mampu"....Itulah prinsip saya untuk melonjakkan diri ke peringkat yang lebih tinggi meskipun saya berimpian besar untuk menjadi WAHM. Justeru itu, saya masih memohon untuk menyambung pelajaran ke peringkat master, dan diharap bisnes Shaklee ini dalam menjadi passive income untuk saya mencapai impian saya suatu hari nanti.