Thursday 15 May 2014

SIAPA SAYA

Teks: Nurul Huda bt Mohamad Yusof

Assalamualaikum wbt.

Dilahirkan pada tahun 1980 di Selangor dan diberi nama Nurul Huda bt Mohamad Yusof. Anak sulung yang manja kerana jarak umur 6 tahun dari adik. Memulakan kerjaya pada tahun 2001 dalam bidang perguruan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia demi memenuhi impian bonda yang mahukan seorang pendidik dalam keluarga. Mendirikan rumahtangga di usia 24 tahun dan kini telah dikurniakan 3 orang cahaya mata berusia 9, 8 dan 3 tahun. Sangat berharap kehadiran sekuntum bunga untuk memeriahkan lagi kehidupanku bersama kumbang2 yang ada.

Minat kepada bidang ICT menjebakkan diri saya kepada arena blogging. Hinggalah 1 ketika saya menemui Shaklee dan terbuka hati untuk join bisnes MLM dengan syarat boleh dilakukan secara online. Pertemuan semula di alam maya dengan seorang sahabat zaman 'sekolah rendah' menyebabkan saya mengikuti kelas Asas Blog dan Fan Page. Tujuan utama untuk meningkatkan ilmu dan membantu mengembangkan perniagaan online saya kerana ingin mengubah kehidupan kami sekeluarga dan dalam masa yang sama membantu ramai insan diluar sana mendapat kehidupan yang lebih baik.

"Belajar selagi mampu"....Itulah prinsip saya untuk melonjakkan diri ke peringkat yang lebih tinggi meskipun saya berimpian besar untuk menjadi WAHM. Justeru itu, saya masih memohon untuk menyambung pelajaran ke peringkat master, dan diharap bisnes Shaklee ini dalam menjadi passive income untuk saya mencapai impian saya suatu hari nanti.

No comments: