Saturday 24 May 2014

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut

Teks: Nurul Huda bt Mohamad Yusof
Foto: Koleksi peribadi


Pengenalan:
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus.

Penyebab:
Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus.

Di antara gejala jangkitan ialah:
� Demam
� Sakit tekak
� Ulser pada tekak dan mulut
� Sakit kepala
� Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
� Hilang selera makan

Baru ni Haziq kena HMFD ni. Sebagai ibu, sangatlah kasihan bila anak sakit sehingga tak lalu makan kerana penuh biji-biji dalam mulut.

Alhamdulillah selepas ambil ubat di klinik dan buat langkah-langkah pencegahan untuk abang-abangnya, keadaan beransur pulih. Penyakit ni berjangkit, dan kena berjaga-jaga dalam masa seminggu dihinggapi. Pengalaman menjaga anak ketika kena sakit ni memang mencabar kesabaran sungguh. Ditambah lagi Haziq tetiba susah nak makan ubat. Namun akhirnya sembuh seperti sediakala.
Ni jelah Haziq selesa telan semasa proses penyembuhan

No comments: