Friday, 27 June 2014

Hello kitty


Cantik tak???

Comel tak???

Hihi...ni sebenarnya hadiah tertunggak. Hadiah hari ibu. Tapi baru hari ni jumpa yang berkenan di hati. Jiwa masih suka benda-benda camni. Apa nak buat. Walaupon dah jadi ibu 3 orang anak, still tak boleh ubah lagi sikap. Thanks abang kerna memahami N...

Gambang Safari Park

Teks: Nurul Huda bt Mohamad Yusof
Foto: Koleksi peribadi

Fuh...leganya dapat duduk sambil melunjurkan kaki dalam kereta. Setengah hari berada kat sini. Memang tersangat letih tapi puas hati. Berbaloi dengan harga mahal yang dibayar. 2 dewasa dan 2 kanak2 RM68..haziq free sbb 90cm kebawah. Harga ni pon selepas guna voucer diskaun. Kalau tak mahal giler lagi.


Ni gambar paling N suka...


Macam2 haiwan yang pelik dan tak pernah jumpa la ada situ. Masa pergi kat sunway aritu pon takde. Meh kita tengok mana yang sempat dirakam.




Banyak lagi, tapi slow plak line ni nak upload. Kalau nak merasainya uolls pergi la kat situ. Best sangat.

Wednesday, 25 June 2014

Cuti2 dihari kerja

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: Koleksi peribadi



Encik suami terpaksa outstation ke Gambang 24-26 jun.. "jom kita bercuti.." wowww....terpaksa ambil cuti 2 hari untuk ikut. Anak-anak? Heaven!

Sesekali bercuti ketika orang kerja best juga. Tapi tak la bercuti langsung. Dalam erti kata lain, kerja still on. Semua kan dihujung jari. So, masih lagi bos call, masih lagi call ofis untuk dapat maklumat, masih lagi banyak form online yang kena isi. Sape lagi nak buat kalau tak diri  sendiri.

5 hari sebelum tarikh kami dah booked bilik. Mula-mula survey la jugak homestay kat kawasan berhampiran. Tapi semuanya tak berkenan, padahal berlambak2 dalam mudah.my tu. Akhirnya setelah berbincang, N nekad nak duduk resort kat dalam gambang jugak. Hubby cam biasa, ikut je kehendak bini dia yang banyak songeh ni. 

Hari selasa tu kami bertolak agak lewat. Tunggu N habis keje. Sampai di gambang jam 5 petang. Hubby masuk kat tempat dia kursus, N bawak anak2 check-in. Kami dapat pakej harga bilik studio agak murah. 3hari 2 malam hanya RM330.80. Murah kan? Rasanya lagi murah dari amik homestay. 

Rupanya gambang ni dah besar dan luas kawasannya. Hubby kursus di Arabian, kami booking bilik di Carabean. Blok berlainan tapi tak la jauh sangat. Syok gak. Privacy sikit. Bilik yang kami ambil pon ok gak. Memang selesa untuk N sefamili. Pakej bilik termasuk breakfast untuk 2 orang. 


Ok nak rest dulu....

Monday, 16 June 2014

Terjebak dengan Shaklee???

Teks: Nurul Huda bt Mohamad Yusof
Foto:Carian FB dan google

Sesambil berehat sebentar selepas habis kelas TMK tadi, N duduk sorang2 dalam bilik. Terasa letihnya otak ni dek kerana kerja yang tak habis2 dan makin bertimbun. Inilah tugas seorang guru. Bilakah agaknya tercapai impian menjadi WAHM? Adakah dengan Shaklee segalanya mungkin??

Mengimbas kembali terjebaknya N dalam bisnes Shaklee ni pada mulanya hanya sekadar suka2. Ingatkan macam bisnes MLM lain. N bukan anti MLM, malah banyak kali tertipu, dan banyak ribu dah hangus, tapi tak serik juga.

Satu hari tengah layan fb tetiba lalu 1 post dari kenalan maya. Dan2 tu gak terus PM beliau nak tahu bisnes apa. Beliau ni N kenal masa bisnes kurma coklat, dan N pernah jual frame gambar pada beliau masa bisnes dropship dulu. Kini beliau jadi upline N dalam shaklee. Beliau yang dimaksudkan ialah Noraini Ahmad a.k.a mama Ani.

 Ni la Mama Ani dan kekasih hatinya

N mengaku N memang tak tahu apa tu Shaklee. Hanya tahu suplemen je la. Tujuan N join hanya untuk bisnes, tambahan register cuma RM65. Murah kan? Lepas jadi ahli Mama Ani bagi 4 set menyusu. Nah jual! Ku terpinga2. Tapi guideline yang mama bagi, dengan sokongan team terhebat (Rine, Teem, Nana, Wawwa, Mawar, Zura etc) dalam group Millionaire Wifey menjadikan N kekal ber Shaklee hingga kini. Ketika itu kami tak pernah berjumpa, tapi kami sangat rapat berkongsi suka duka dalam bisnes, dan ada kalanya masalah dalam kehidupan turut kami kongsi bersama. Tak lengkap rasanya tika itu kalau tiap malam tak dapat bergebang di wassap. 

Selain itu, N sangat bersyukur kerana Shaklee adalah penyebab N semakin hampir dengan Allah. Walaupon kami berbisnes, namun pengasas group Jutawan master Cery (masa tu lom master lagi), beliau sangat tekankan amalan rohani untuk menjalankan bisnes ni. Pelbagai ajaran, peringatan yang diberi agar kami berjaya di dunia dan juga di akhirat. 


Bonus?? Ya, bulan pertama lagi N dah dapat bonus. Masa tu dapat cek RM23.80. Hihi. Sikit? Masa tu suruh hubby masukkan bank pon dia gelak. Katanya minyak kereta pon tak cukup. Tapi N tetap teruskan juga. Kenapa? ok, kita sambung ke episod akan datang....




Friday, 13 June 2014

Terbeli juga....

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: Koleksi peribadi


Akhirnya.....
Setelah fed up asyik ter skip je cerita ni, sampai tak faham jalan cerita, N pon beli la buku ni petang tadi @ kedai buku Muda Osman kat Jerteh tu. Harga RM27.00. Of kos la my hubby yang tolong bayarkan. He He.


Ni la buku drama petang slot apa ntah kat TV3 tu. Eh, apesal gambar tak clear? sorry la...imej kurang memuaskan, tapi uolls nampakkan tajuk tu. Memang selalu tertinggal, ada je kerja lain yang nak dibuat. Last2 beli je la senang, kan? Nak pinjam? Tunggu N habis baca dulu ye.

Zumba

N join kelas aerobic dah awal bulan hari tu. Ada banyak jenis rupanya tarian/pergerakan dalam aerobic ni. Salah satunya tarian ZUMBA. memang berpeluh. Jom kenali Zumba.

 Sumber: http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/trend-zumba-di-malaysia

 

Sedikit into tentang Zumba

Berikut adalah info tentang senaman Zumba dan kelebihannya sebagai aktiviti senaman kardiovakular, fitness dan lain-lain.
  1. Apa dia? Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, Zumba telah menjadi popular.
  2. Dance workout: Tarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.
  3. Bakar kalori: Jangan tak percaya, satu sesi Zumba boleh membuatkan anda membakar 500 – 1000 kalori pada satu satu masa(45-60min). Syabas!
  4. HIIT? Zumba sesuai diamalkan untuk ‘interval training’ bagi membakar lebih kalori dan meningkatkan endurance(ketahanan fizikal)
  5. Mood down? Jgn risau, anda boleh berhibur, dan bersosial bersamai rakan rakan lain dengan cara yang lebih ‘enjoy’ dan santai.
  6. Seronok tak? Zumba adalah salah satu cara yang menyeronokkan untuk exercise, mungkin bagi sesetengah orang, ia lebih seronok daripada usual workouts. Taklah anda setiap masa buat workouts yang sama dan membosankan itu.

  7. Seksi! Pergerakan dance Zumba workout itu memang seksi dan membuat wanita-wanita berasa cantik dan menarik. Goyang gitu.
  8. Senaman kardio: Tambahan lagi, intensity tinggi dan rendah yang diselang-selikan dalam senaman Zumba ini seolah olah memberi anda latihan kecergasan yang lengkap, juga satu latihan cardiovascular yang baik.
  9. Kuatkan abs dan pinggang! Menari ala-ala latin ini memang sering melibatkan pergerakan “gelek-gelek” pinggang yang secara tak langsung kuatkan bahagian core (abs, oblique anda.



Sumber: http://puanbee.com/basic-step-tarian-zumba-untuk-bersenam/

Tarian Zumba : Zumba yang bermaksud “bergerak cepat”. Tarian Zumba merupakan gabungan dari muzik, step aerobic dengan beragam gerakan tarian Latin seperti tarian samba, merengue, salsa, reggae, hip hop, mambo, rumba, flamenco dan calypso dan banyak lagi. Zumba sendiri berasal dari bahasa Kolombia dari kata zum zum dan dipopularkan Beto Perez. Pertama kali diperkenalkan di Amerika Serikat pada 1990-an, zumba dance terus mendapatkan penggemar yang ramai.


Target Latihan Zumba Fitness
Seperti tarian yang lain yang merupakan latihan cardio, zumba memiliki gerakan bertenaga sehingga menimbulkan contraksi pada otot. Gerakan yang cepat juga menghasilkan tidak hanya pembakaran kalori dan lemak tetapi sekaligus menyihatkan jantung.
Target latihannya adalah all core, dengan sasaran fat and calorie burning, seperti dansa umumnya zumba bisa membakar 400-800 kalori, namun pada tingkatan mahir, tarian ini bisa membakar lebih dari 1000 kalori per satu jam latihan,”
Zumba melatih seluruh tubuh dari kepala hingga kaki. Gaya tarian latihan yang berfokus pada gerakan puncak, perut dan pinggul, mampu meningkatkan fleksibilitas tubuh jadi lebih baik.

Thursday, 12 June 2014

5 Star Hotel.. syoknya!!

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: Google dan koleksi peribadi

Ini kali kedua menginap di hotel 5 bintang. Bezanya kali ini penginapan adalah ditaja penuh oleh Shaklee. Nak tahu N menginap dimana? Jeng..jeng..jeng...


Kenal tak hotel ni? Pernah nampak? Ada kat Subang tu. Binaan Lion tu mesti uolls semua familiar kan. Situ la Sunway Pyramid, pusat beli belah tu. Tapi biasa N ke sini untuk window shopping je. Ada la sesekali main ice skating tu.

Sebenarnya Sunway Pyramid Resort n Spa ni adalah tempat yang N impikan untuk Honeymoon. Tapi memang hajat tidak kesampaian la, sebab masa tu kami baru mula nak hidup. Dengan gaji guru yang baru confirm, tidak lah mampu kami berhoneymoon disitu. Namun rupanya, Allah tetap memakbulkan impian N, dan ditambah kegembiraan, honeymoon kami tu ditanggung sepenuhnya selama 3 hari pulak tu. Ok la kan. N anggap hadiah anniversary yang ke-10 tahun Mei lepas.

 Ni la suite yang kami dapat

 Ni suprise dari Shaklee pada malam pertama
Ni suprise malam kedua

Kesimpulannya, N sangat bersyukur dengan semua yang telah diperolehi selama ini. Terima kasih Ya Allah. Anak-anak ceria, kami bahagia.

Lose Weight Program D-Slim


Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: Google

Done!

Selesai sudah mendaftar join LWP D-Slim bersama D'Aora. Program ni tengah ada potongan sebanyak 70%, apa tunggu lagi? Lama dah mengidam nak kuruskan badan. Yang buat N teruja nak join program ni kerana....
1. Tanpa produk
2. Wajib senaman iaitu masuk kelas aerobik
3. Ada personal trainer
4. Kawalan pengambilan kalori
5. Jaminan wang dikembalikan.

Apa macam?? Kalau uolls nak tak join? Memang la rasa sayang nak keluarkan duit, tapi no 5 tu buat N tak ragu-ragu mencuba. 

Setelah di buat kiraan, trainer cadangkan N turunkan sebanyak 17kg menjadi 55kg sahaja berat N. WOW! itu berat sebelum kahwin. Mulanya N kata N nak dapat 59kg pon takpe, asal bunyi2 5 tu ada, namun kak Ra kata dia yakin N boleh capai 55kg, maybe kurang lagi. N takde la gemuk sangat, sebab N tinggi melampai, tapi peha dan punggung N besar, perut pon muncit. Masa timbang, lemak di perut saje 7kg. OMG.

Selepas daftar, bayar, timbang, kira, kak Ra bagi diet makanan seharian yang perlu N ikut selama 10 hari. Berat N skarang 72.8, kita tunggu 10 hari jadi berapa. Naik atau turun. Doakan N berjaya menahan nafsu makan ye.


Wednesday, 11 June 2014

Superbibik

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: Google

Seminggu meninggalkan rumah balik ke kampung (kampung la sangat!) Sangat seronok. Tapi yang tak seronoknya bila dah kembali ke rumah. Tengok sana habuk, tengok sini kain bertimbun, di dapur berselerak, dalam mesin basuh ada lagi yang belum sidai, di ampaian masih penuh 1 trip lagi. Kebetulan Haziq pula demam. Bila minum susu je muntah semula. Bertambah jumlah basuhan.

Makanya terpaksa jadi superbibik hari ni, akibat bibik2 berbayar harian tak dapat datang untuk mengemas. Masing-masing balik kampung juga gamaknya. Mujur Harish dan Hakimi boleh membantu serba sedikit. Rupanya kerja di rumah lagi penat dari kerja-kerja pejabat, cuma anak-anak berada didepan mata. Itu yang lebihnya. Satu hari nanti ku tetap ingin menjadi WAHM, demi memastikan anak-anak membesar dengan sempurna di depan mata.




Tuesday, 10 June 2014

Award 2012/2013

Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: Koleksi peribadi

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana N telah dianugerahkan kekuatan untuk terus hidup sehingga hari ini. Hari ni N nak cerita tentang beberapa award yang N dah terima sepanjang N berbisnes dalam Shaklee. Ni award untuk cycle lepas tau.

Meh N bagitahu. Sebenarnya kali ni N dapat 6 award je. Orang lain dapat banyak award. Jeles tau. Ada yang dapat 10. Tapi ok la kan, tahun lepas N cuma dapat 1 je. Pastu memang berazam nak dapat banyak sebab nak turun naik pentas banyak kali.

Ok, award yang N dapat adalah seperti berikut:

1. Leadership Consistency 21% Achiever
2. Personal Group Volume Growth
3. Business Growth New Rank Achievement
4. Business Growth Business Leader Development
5. Business Volume Growth
6. New Car Bonus Achiever

Dan ada 1 lagi reward iaitu Glitter Nite Gala Dinner. Yang ni nanti post lain N cerita.

 Ni la award yang N terima sebagai penghargaan dari Shaklee

Tuesday, 3 June 2014

REWARD CONVENTION FROM SHAKLEE

Teks: Nurul Huda bt Mohamad Yusof
Foto: Koleksi peribadi

Alhamdulillah telah selamat sampai beg untuk pergi bercuti. Dan yang seronoknya percutian kali ini ditaja sepenuhnya oleh Shaklee di hotel 5 bintang. Percutian selama 3 hari 2 malam di sunway resort & spa. Seronoknya dapat bercuti bersama keluarga tersayang.

3 C yang shaklee tawarkan
CASH bonus 
CAR bonus 
CONVENTION luar dan dalam negara



Ada sesape nak join Shaklee? call/sms/whatsApp 019-3429577

Monday, 2 June 2014

Emas turun turun lagi???

Teks: Nurul Huda bt Mohamad Yusof
Foto: Koleksi peribadi

Semalam rantai kaki tersangkut di tilam semasa proses menukar cadar katil boboboy. Bawa ke kedai emas di bandar, niat hati nak tukar yang baru, kalau boleh yang kasar sikit. Survey di beberapa buah kedai, saya mendapat keputusan yang agak mengecewakan, dan akhirnya mengambil keputusan untuk menyimpan dahulu untuk ditukar sedikit masa lagi.
Kenapa? Hehe... bukan kerana harga emas hari ini semakin mahal, namun yang terjadi sebaliknya. Sangat lah tidak relevan sekiranya saya tukar/ jual pada hari, saat dan ketika ini kerana tersangat la rugi.
Siapa disini ada buat pelaburan emas???♡