Thursday, 12 June 2014

Lose Weight Program D-Slim


Teks: Nurul Huda Mohamad Yusof
Foto: Google

Done!

Selesai sudah mendaftar join LWP D-Slim bersama D'Aora. Program ni tengah ada potongan sebanyak 70%, apa tunggu lagi? Lama dah mengidam nak kuruskan badan. Yang buat N teruja nak join program ni kerana....
1. Tanpa produk
2. Wajib senaman iaitu masuk kelas aerobik
3. Ada personal trainer
4. Kawalan pengambilan kalori
5. Jaminan wang dikembalikan.

Apa macam?? Kalau uolls nak tak join? Memang la rasa sayang nak keluarkan duit, tapi no 5 tu buat N tak ragu-ragu mencuba. 

Setelah di buat kiraan, trainer cadangkan N turunkan sebanyak 17kg menjadi 55kg sahaja berat N. WOW! itu berat sebelum kahwin. Mulanya N kata N nak dapat 59kg pon takpe, asal bunyi2 5 tu ada, namun kak Ra kata dia yakin N boleh capai 55kg, maybe kurang lagi. N takde la gemuk sangat, sebab N tinggi melampai, tapi peha dan punggung N besar, perut pon muncit. Masa timbang, lemak di perut saje 7kg. OMG.

Selepas daftar, bayar, timbang, kira, kak Ra bagi diet makanan seharian yang perlu N ikut selama 10 hari. Berat N skarang 72.8, kita tunggu 10 hari jadi berapa. Naik atau turun. Doakan N berjaya menahan nafsu makan ye.


No comments: