Monday, 16 June 2014

Terjebak dengan Shaklee???

Teks: Nurul Huda bt Mohamad Yusof
Foto:Carian FB dan google

Sesambil berehat sebentar selepas habis kelas TMK tadi, N duduk sorang2 dalam bilik. Terasa letihnya otak ni dek kerana kerja yang tak habis2 dan makin bertimbun. Inilah tugas seorang guru. Bilakah agaknya tercapai impian menjadi WAHM? Adakah dengan Shaklee segalanya mungkin??

Mengimbas kembali terjebaknya N dalam bisnes Shaklee ni pada mulanya hanya sekadar suka2. Ingatkan macam bisnes MLM lain. N bukan anti MLM, malah banyak kali tertipu, dan banyak ribu dah hangus, tapi tak serik juga.

Satu hari tengah layan fb tetiba lalu 1 post dari kenalan maya. Dan2 tu gak terus PM beliau nak tahu bisnes apa. Beliau ni N kenal masa bisnes kurma coklat, dan N pernah jual frame gambar pada beliau masa bisnes dropship dulu. Kini beliau jadi upline N dalam shaklee. Beliau yang dimaksudkan ialah Noraini Ahmad a.k.a mama Ani.

 Ni la Mama Ani dan kekasih hatinya

N mengaku N memang tak tahu apa tu Shaklee. Hanya tahu suplemen je la. Tujuan N join hanya untuk bisnes, tambahan register cuma RM65. Murah kan? Lepas jadi ahli Mama Ani bagi 4 set menyusu. Nah jual! Ku terpinga2. Tapi guideline yang mama bagi, dengan sokongan team terhebat (Rine, Teem, Nana, Wawwa, Mawar, Zura etc) dalam group Millionaire Wifey menjadikan N kekal ber Shaklee hingga kini. Ketika itu kami tak pernah berjumpa, tapi kami sangat rapat berkongsi suka duka dalam bisnes, dan ada kalanya masalah dalam kehidupan turut kami kongsi bersama. Tak lengkap rasanya tika itu kalau tiap malam tak dapat bergebang di wassap. 

Selain itu, N sangat bersyukur kerana Shaklee adalah penyebab N semakin hampir dengan Allah. Walaupon kami berbisnes, namun pengasas group Jutawan master Cery (masa tu lom master lagi), beliau sangat tekankan amalan rohani untuk menjalankan bisnes ni. Pelbagai ajaran, peringatan yang diberi agar kami berjaya di dunia dan juga di akhirat. 


Bonus?? Ya, bulan pertama lagi N dah dapat bonus. Masa tu dapat cek RM23.80. Hihi. Sikit? Masa tu suruh hubby masukkan bank pon dia gelak. Katanya minyak kereta pon tak cukup. Tapi N tetap teruskan juga. Kenapa? ok, kita sambung ke episod akan datang....




No comments: