Foto: Koleksi peribadi
Encik suami terpaksa outstation ke Gambang 24-26 jun.. "jom kita bercuti.." wowww....terpaksa ambil cuti 2 hari untuk ikut. Anak-anak? Heaven!
Sesekali bercuti ketika orang kerja best juga. Tapi tak la bercuti langsung. Dalam erti kata lain, kerja still on. Semua kan dihujung jari. So, masih lagi bos call, masih lagi call ofis untuk dapat maklumat, masih lagi banyak form online yang kena isi. Sape lagi nak buat kalau tak diri sendiri.
5 hari sebelum tarikh kami dah booked bilik. Mula-mula survey la jugak homestay kat kawasan berhampiran. Tapi semuanya tak berkenan, padahal berlambak2 dalam mudah.my tu. Akhirnya setelah berbincang, N nekad nak duduk resort kat dalam gambang jugak. Hubby cam biasa, ikut je kehendak bini dia yang banyak songeh ni.
Hari selasa tu kami bertolak agak lewat. Tunggu N habis keje. Sampai di gambang jam 5 petang. Hubby masuk kat tempat dia kursus, N bawak anak2 check-in. Kami dapat pakej harga bilik studio agak murah. 3hari 2 malam hanya RM330.80. Murah kan? Rasanya lagi murah dari amik homestay.
Rupanya gambang ni dah besar dan luas kawasannya. Hubby kursus di Arabian, kami booking bilik di Carabean. Blok berlainan tapi tak la jauh sangat. Syok gak. Privacy sikit. Bilik yang kami ambil pon ok gak. Memang selesa untuk N sefamili. Pakej bilik termasuk breakfast untuk 2 orang.
Ok nak rest dulu....
No comments:
Post a Comment